Wednesday 24 September 2014

Kebaikan Kurma untuk Kesihatan - Part 1

Harini saya nak share kebaikan yang boleh diperoleh daripada KURMA. Semua orang tahu yang kurma ni sangat bagus dan ia sangat terkenal pada Bulan Ramadhan bagi masyarakat beragama Islam. Apa yang menyebabkan kurma ini bagus dan bagaimana dia memberi manfaat pada kita?
ahaaaaa......jom terjah!

benefits of dates

Kurma sangat kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral dan merupakan sumber tenaga, gula serat. Selain itu, kurma mengandungi mineral penting seperti fosforus, kalsium, iron dan zink serta mengandungi vitamin seperti thiamin, riboflavin, vitamin K dan Vitamin A.

Kebaikan Kurma Untuk Kesihatan

1# Sembelit
Kurma dikategorikan sebagai makanan julap kerana mempunyai kandungan serat yang tinggi yang membantu pergerakan usus yang sihat dan selesa. Anda boleh merendam kurma dalam air semalaman dan minum pagi keesokan hari. Cubalah untuk melihat hasilnya...mana tahu ia sangat membantu anda!


2# Kesihatan  dan Kekuatan Tulang
Kurma mengandungi selenium, mangan, tembaga serta magnesium yang penting untuk perkembangan tulang yang sihat dan kuat. Disebabkan banyaknya mineral dalam sebiji kurma itu, ia menjadikannya makanan super untuk menguatkan tulang dan membantu dalam masalah osteoporosis.


3#Gangguan Usus
Kandungan nikotin dalam kurma bermanfaat untuk membantu masalah gangguan usus. Pengambilan kurma yang berterusan membantu menghalang pertumbuhan organisma patologi dan ini akan merangsang pertumbuhan baik dalam usus.



4# Anemia
Kurma mempunyai kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Ini akan membantu penghidap anemia meningkatkan tenaga dan kekuatan serta mengurangkan keletihan dan kelesuan.

5# Alahan
Kurma juga mengandungi sulfur organik yang membantu dalam pengurangan reaksi alergi dan alahan bermusim.

weight loss


6# Berat Badan
Kurma terdiri daripada kandungan gula,protein dan pelbagai vitamin. 1kg kurma mengandungi hampir 3000 kalori dan ini mencukupi untuk memenuhi keperluan setiap hari untuk tubuh manusia.
Aha...jadi anda boleh diet kan..ehe..Jika anda ingin meningkatkan berat badan dan membina otot, jangan lupa amalkan memakan kurma ini.

7# Energy Booster
Kurma mengandungi  gula semulajadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, ia adalah makanan ringan yang sempurna untuk segera memecah tenaga. Ramai orang  mengambil kurma untuk snek petang apabila mereka berasa letih atau lesu.

8# Sistem Saraf Kesihatan
Vitamin yang  hadir dalam kurma menjadikannya rangsangan ideal untuk kesihatan sistem dan fungsi saraf . Potassium merupakan salah satu bahan utama dalam menggalakkan sistem saraf yang sihat dan responsif, dan ia juga meningkatkan kelajuan dan kecerdasan aktiviti otak.

benefits of dates


9# Jantung sihat
Kurma merupakan sumber yang kaya dengan kalium dan kajian telah menunjukkan kalium dapat membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Tambahan pula, kurma dicadangkan sebagai hidangan yang sihat dan lazat untuk mengurangkan tahap kolesterol LDL di dalam badan, yang merupakan faktor serangan jantung dan strok.

benefits of dates



  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana

  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Tuesday 23 September 2014

    Vitamin untuk Merawat Eczema

    Hari ni saya nak story pasal Eczema..Dapat idea sebab tadi pergi menziarahi kawan lama dan tengok baby dia yg berusia hampir 6 bulan mengalami kulit yang kering dan kemerahan..Kesian kalau tengok anak-anak kecik yang kena Eczema ni kan...Mereka akan garu dan kadang kala berdarah:(

    So kita berkenalan la dulu dengan Eczema ni  ye..

    Apa itu Eczema?

    Eczema adalah istilah umum bagi apa-apa radang di atas permukaan kulit.
    Kebiasaannya, penghidap Eczema ini akan mengalami kulit yang kering dan berkerak, kemerahan, dan gatal-gatal.
    Bermula sejak bayi ataupun zaman kanak-kanak.
    Juga dikenali dengan nama 'Atopic Dermatitis'.





    Apa Punca terjadinya Eczema ini?

    Eczema ini biasanya terjadi disebabkan faktor keturunan dan persekitaran.

    Antara faktor persekiran yang menyumbang kepada penyakit ini adalah:


    causes of eczema


    Jom kita tengok apa simptom eczema...

    Bayi
    -Ruam biasanya muncul di kulit kepala dan pipi
    -Ruam yang menggelembung
    -Ruam yang boleh menyebabkan rasa sangat gatal sehingga mengganggu tidur.

    eczema


    Kanak-kanak (2 tahun ke atas)
    -Ruam biasanya muncul di belakang lipatan siku atau lutut, juga di leher dan pergelangan tangan dan kaki serta di lipatan antara punggung dan kaki

    Dewasa
    -Ruam biasanya muncul dalam lipatan siku atau lutut atau tengkuk leher
    -Ruam meliputi banyak badan
    -Ruam boleh menjadi terutamanya jelas di leher, muka dan di sekitar mata
    -Ruam boleh menyebabkan kulit yang sangat kering
    -Ruam boleh kekal gatal
    -Ruam boleh menyebabkan kulit bersisik (lebih daripada bersisik pada kanak-kanak)
    -Ruam boleh menyebabkan jangkitan kulit.

    Apakah rawatan yang boleh di beri kepada penghidap Eczema?

    1) Mandi dengan kerap
    2) Memakai pelembap badan setiap hari
    3) memilih pakaian daripada kapas dan lembut
    4) Gunakan sabun khas
    5) Gunakan penapis udara
    6) Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit luka akibat kesan garu

    Adakah Vitamin juga boleh membantu  merawat Eczema?

    Minyak ikan

    Minyak ikan menghalang B4 leukotriene, iaitu molekul lemak sistem imun yang berkait dengan keradangan yang dilihat pada eczema. Menurut University of Maryland Medical Center, satu kajian awal minyak ikan pada pesakit eczema mendapati bahawa gejala penambahbaikan yang ketara selepas 12 minggu rawatan dengan makanan tambahan minyak ikan setiap hari.

     fish oil for eczema
    Gamma-Linolenic Acid
    Borage oil mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit bermasalah atau kering.

    gla for eczema



    Vitamin C
    Vitamin C dengan bioflavonoids adalah makanan tambahan antioksidan yang kuat membantu menstabilkan membran sel dan mencegah keradangan.
    vitamin c for exzema
    B Complex
    Penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah.
    Bcomplex for eczema



    Vitamin E
    Membantu mengurangkan kekeringan dan gatal-gatal.
    vitamin e for eczema



    Apapun, anda perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.


    Berminat untuk mendapatkan produk di atas?

    Hubungi pengedar anda:


  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Friday 19 September 2014

    Vitamin Shaklee untuk Merawat Sakit Kepala

    Pernahkan anda mengalami sakit kepala yang amat sangat? Sakit sehingga menyebabkan anda tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja sehingga satu keadaan yang lebih teruk, anda tidak mampu bergerak. Pastinya keadaaan ini membuatkan kita rasa tidak selesa dan jalan mudah yang biasa diambil oleh sesetengah pihak adalah dengan mengambil pil tahan sakit atau lebih glemur dengan 'Panadol'. Bukannya tidak boleh namun kesan jangka masa panjang yang tidak baik terhadap badan kita. Oleh itu berhati-hati memilih ubat untuk merawat masalah migrain ya!

    Jom kita kenali dulu jenis-jenis sakit kepala.

    sakit kepala migrain

    Sakit kepala terbahagi kepada 4 jenis mengikut kawasan serangan sakit tersebut seperti gambarajah di atas. namanya juga berbeza di setiap kawasan sama ada sinus, kelompok (fokus di satu bahagian), tension atau migrain.

    Apa pula punca sakit kepala?

    migrain


    Antara punca berlakunya sakit kepala ini adalah:

    1) Cuaca yang terlampau panas
    2) Tekanan
    3) Perubahan Hormon
    4) Dehidrasi
    5) Resdung
    6) Tekanan di bahagian mata
    7) Tahap gula rendah dalam darah

    Bagaimana merawat sakit kepala?

    Bisanya pesakit akan mengambil pil tahan sakit untuk melegakan kesakitan. Kesakitan untuk sakit kepala biasa tidaklah terlalu lama. Namun, sekiranya sakit kepala berlarutan sehingga beberapa hari atau minggu, dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Adakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk merawat sakit kepala?

    Ada
    - B-Complex
    Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang membantu dalam mengurangkan sakit kepala. Vitamin B6 (Pyridoxine) membantu serotonin dan dopamin berfungsi dengan baik. Serotonin dan dopamin ini adalah neurotransmeter untuk komunikasi sel saraf yang lancar.
    Vitamin B2 pula adlah penting uintuk kelancaran pengeluaran sel darah merah.


    - Ostematrix
    Ostematrix terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium dapat meringankan tekanan, mengurangkan debaran jantung, mengawal perubahan perasaan (mood swing) dan mengurangkan sakit kepala.
    Magnesium pula membantu sitem saraf, mengawal pengecutan otot dan saraf, serta menstabilkan denyutan jantung.


    sakit kepala


    Berminat untuk mendapatkan produk di atas?

    Hubungi pengedar anda:

  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat

  • Tuesday 16 September 2014

    6 Tip Hilangkan Bau Badan

    Bau badan? owh sangat tidak selesa bukan? Apatah lagi apabila masalah ini berlaku kepada rakan rapat atau saudara mara terdekat kita. Kadang-kadang mereka yang mempunyai masalah bau badan ini tidak sedar akan masalah ini. Oleh itu mungkin kita perlu memberi tahu mereka dengan cara yang berhemah supaya mereka ini tidak malu dan dapat membantu mereka hidup dengan lebih sihat.

    body odour

    Peluh pada asalnya hanyalah cecair tanpa bau. Tetapi apabila bakteria pada badan menukarkan protein yang terdapat pada peluh kepada sejenis asid, ini menyebabkan terhasilnya 'Bau Badan' yang sangat aromatik itu.

    Jom saya kongsikan 6 Tip untuk menghilangkan Bau Badan.

    Tip 1# Mandi dengan Kerap

    Sekiranya anda bekerja di dalam kawasan yang mempunyai pendingin udara, ia mungkin tidak membuatkan anda selalu berpeluh. Namun sekiranya anda bekerja di kawasan lapang dan kerap berpeluh, kerapkan mandi supaya peluh itu dapat dibersihkan.

    mandi elak bau badan


    Tip 2# Gunakan Sabun Antibakteria

    Pastikan anda mandi menggunakan sabun dan lebih baik sekiranya anda dapat gunakan sabun anti bakteria. Sabun ini dapat mengurangkan bilangan bakteria di bahagian ketiak seterusnya mengurangkan bau badan anda.

    Tip 3# Lap badan sehingga kering

    Selepas mandi, pastikan anda mengelap badan sehingga kering terutama di kawasan ketiak. Ini kerana sekiranya ketiak anda kering, ini akan mengurangkan bakteria untuk membiak.

    Tip 4# Gunakan anti perspirant

    Anti perspirant membantu mengurangkan peluh. Apabila peluh kurang, maksudnya peluang untuk bakteria membiak akan berkurang.
    Berbeza dengan deodorant, deodorant berfungsi sebagai 'mask' kepada bau badan kita dan bukanlah mengurangkan peluh.


    antiperspirant for control body odour


    Tip 5# Pakaian yang Bersih

    Sekiranya badan kita sering berpeluh, pastikan pakaian kita ditukar sekerap mungkin. Basuh pakaian dengan bersih dan jangan pakai pakaian yang lembap. Pakaian yang bersih dapat mengurangkan bau badan kita.

    Tip 6# Jaga Pemakanan 

    Pemilihan makanan sangat berkait rapat dengan bau badan anda. Kurangkan makanan yang pedas dan berbau kerana makanan ini akan mempengaruhi bau badan anda.


    Adakah Vitamin Shaklee dapat membantu saya menyelesaikan masalah bau badan ini?

    Ada

    alfalfa untuk bau badan


    Alfalfa Complex dapat membantu masalah bau badan anda kerana ia bersifat:

    Anti bakteria- membantu membuang toksin dari badan. Toksin merupakan penyumbang kepada bau badan anda juga.

    Berminat untuk mendapatkan Alfalfa Complex?

    Hanya Rm 59.00 (termasuk poslaju) untuk 330 biji.


    Berminat untuk mendapatkan produk di atas?

    Hubungi pengedar anda:





  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)

    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat



  • Friday 12 September 2014

    10 Tip Memilih Collagen Supplement Terbaik

    Produk yang hot di bulan ini pastinya Collagen Powder daripada Shaklee. Promosi pembelian 6 kotak dapat 7 kotak..aha..

    Harini saya nak kongsikan 10 Tip memilih Collagen Terbaik.

    Jom baca!

    SCP


    1#
    Ia terbaik untuk memilih makanan tambahan kolagen dalam bentuk ORAL, bukannya suntikan untuk penyerapan yang optimum. Suntikan kolagen boleh diberikan untuk memberikan anda 'rupa' yang lebih muda, namun tidak akan bertahan lama dan itulah sebabnya makanan tambahan kolagen diperlukan.  

    2#
    Amoun yang betul - Kandungan disyorkan ialah antara 2500 - 5000 mg kolagen iaitu jumlah kolagen yang hilang daripada badan setiap hari apabila kita semakin tua. 

    3#
    Saiz molekul kolagen hendaklah sekurang-kurangnya 1000 Dalton dan ke bawah. Saiz microfine adalah saiz optimum untuk penyerapan terbaik kolagen ke dalam sel-sel kita. Saiz betul akan mudah dihadam dan diserap manakala saiz yang salah akan meletakkan beban pada kolon dan hati. 
    Penyerapan yang lebih baik = kesan yang lebih baik. 

    4#
    Sumber - Kolagen biasanya diperolehi daripada ikan tetapi anda perlu memastikan bahawa mereka semua dari SUMBER ASLI, kadang-kadang mereka boleh datang daripada lemak daripada haiwan seperti babi dan sebagainya. 

    5#
    Ia akan menjadi yang terbaik jika kolagen mempunyai ciri-ciri campuran baik yang boleh mengekalkan kelembapan untuk memastikan penghidratan kulit yang baik. 

    6#
    Pastikan makanan tambahan kolagen anda mempunyai anti-oksida untuk meningkatkan kesan memperlahankan proses penuaan. 

    7#
    Juga pastikan bahawa makanan tambahan kolagen anda mengandungi vitamin B Complex untuk membantu sintesis kolagen dalam badan kita. 

    8#
    Kolagen bukan sahaja penting untuk kecantikan atau kulit, ia adalah baik untuk kesihatan sendi kita, jadi penambahan Glucosamine adalah mata bonus! 

    9#
    Pastikan makanan tambahan kolagen anda mengandungi bahan-bahan yang membantu merangsang PENGELUARAN ASID HIALURONIK yang bertanggungjawab untuk membaiki kulit dan membantu kolagen menyumbang kepada kulit lebih lembut. 

    10#
    Akhir sekali, pastikan makanan tambahan kolagen anda adalah SELAMAT, bebas daripada toksin atau bahan pencemar. Pastinya kita tidak mahu toksin memasuki badan kita kan?

    Shaklee Collagen Powder menepati 10 kriteria di atas..

    Jangan tunggu lama-lama...sebelum promosi hebat ini berakhir.


    Mahu mendapatkan produk ini?


    Hubungi saya:

    Zaihasnie (ID 906575)
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD AREA:Kuala Lumpur, Bdr Damai Perdana, Mines, Balakong, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Wangsa Maju, Setapak 

    Perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

    Wednesday 10 September 2014

    Doa Untuk Dapatkan Zuriat

    Bukan semua pasangan berkahwin dikurniakan anak dengan cepat setelah berkahwin. Ada yang mengandung selepas sebulan, 1 tahun, 3 tahun, 13 tahun dan sebagainya. Semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa. Jangan mengeluh atau menyesali kerana setiap yang berlaku adalah rancanganNya yang pastinya terbaik buat kita. 

    Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mendapatkan zuriat ini selain daripada mengambil makanan yang seimbang dan makanan tambahan, doa juga merupakan senjata hebat yang pastinya mempunyai kekuatannya tersendiri. 

    Hari ini saya ingin berkongsi doa untuk mendapatkan zuriat yang boleh diamalkan kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata ataupun mahu mendapat cahaya mata yang ke 2 atau sebagainya.

    doa dapatkan anak



    Antara doa-doa yang boleh diamalkan:


    رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
     أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
    Maksudnya:  “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah : 128)
      
    رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
     سَمِيعُ الدُّعَاءِ
    Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.  (Ali-Imran : 38)

     رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
     أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ
    Maksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

     رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
     رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
    Bermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 
    (Ibrahim : 40)

    رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
     يَقُومُ الْحِسَابُ
    Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

     رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
     أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
    Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

     رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
     أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ 
    صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
     إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
    Bermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)

    doa dapat anak

    Jangan mudah berputus asa, sabar, redha, pastinya ada yang terbaik buat anda:)


    Antara perkongsian yang lain:











    Ingat, orang yang sabar tidak akan dikecewakan Allah. Jagalah Solat anda, Banyakkan bersedekah dan sentiasa bersangka baik.

    Amalkan ya doa untuk mendapatkan zuriat ini. Semoga bermanfaat buat semua:)


    Nak mengetahui berkaitan Produk Shaklee?

    Hubungi saya:

    Pn. Zaihasnie (ID 906575)
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD AREA:Kuala Lumpur, Bdr Damai Perdana, Mines, Balakong, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Wangsa Maju, Setapak 

    Tuesday 9 September 2014

    5 Kebaikan Vitamin E Shaklee untuk Kesihatan

    Vitamin E adalah nama generik untuk "tokoferol" dan boleh didapati dalam empat bentuk yang berbeza (alpha, beta, gamma & delta). Ia adalah antioksidan yang larut lemak, yang boleh diperolehi hanya sebagai makanan tambahan. 

    Sumber pemakanan yang sangat baik bagi vitamin E termasuklah minyak daripada safflower, bunga matahari, germa gandum, kelapa, jagung dan kacang soya dan kacang, gandum, avokado, asparagus, labu, bayam dan hijau, sayur-sayuran berdaun.

    vitamin e



    Jom baca apa vitamin E Shaklee boleh bantu untuk kesihatan anda?

    Manfaat kesihatan vitamin E datang dari sifat antioksidannya. 
    Apa itu antioksidan?
    Antioksidan menghapuskan radikal bebas - sebatian stabil yang merosakkan struktur sel. 

    1) Mengurangkan kolesterol 

    Kajian menunjukkan bahawa vitamin E membantu melindungi jantung dan saluran darah daripada kerosakan yang disebabkan oleh kolesterol LDL teroksida (LDL= low dencity lipoprotein cholestrol, juga dikenali sebagai kolestrol jahat)

    Vitamin E boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL, mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL dan menghalang tindakan teroksida kolesterol LDL.


    2) Vitamin E membantu dalam penjagaan kulit dan penjagaan rambut. 

    Disebabkan ciri-ciri antioksidan, vitamin E menggalakkan peredaran darah ke kulit kepala. Vitamin E membantu mengurangkan keletihan dan menguatkan dinding kapilari manakala menyuburkan sel-sel. Minyak vitamin E adalah sangat serba boleh. Manfaat utama minyak vitamin E untuk kulit ialah ia membantu proses penyembuhan. Vitamin E diserap oleh lapisan epidermis kulit, ia boleh digunakan untuk merawat selaran matahari atau melindungi dari matahari. 

    3) Merawat parut, jerawat, dan kedutan 

    Vitamin E membantu merawat parut, jerawat dan kedutan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan semula sel. Ini mewujudkan kesan anti-penuaan, menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Minyak Vitamin E memberi manfaat kepada kulit dengan membantu ia mengekalkan kandungan kelembapan semula jadi. Minyak Vitamin E menjadikan kulit kering kelihatan lebih sihat dan segar. Anda boleh meletakkan beberapa titis minyak vitamin E untuk kuku dan kutikel yang merupakan cara yang berkesan untuk merawat kulit. 

    4) Kesuburan
    Kekurangan vitamin E boleh mengganggu fungsi pembiakan biasa pada lelaki, Kekurangan ini boleh membawa kepada kerosakan buah zakar, yang boleh menghalang rembesan hormon normal yang diperlukan untuk pembiakan. Vitamin E juga mungkin memainkan peranan dalam kualiti sperma dan motiliti. Peningkatan dalam vitamin E dan selenium pada masa yang sama juga mungkin meningkatkan kualiti sperma dan motiliti, menurut satu artikel 2011 yang disiarkan dalam "Jurnal Perubatan Am. Mengambil vitamin E sebelum menjalani rawatan kesuburan juga mungkin meningkatkan kadar kejayaan kehamilan. 

    5) Meningkatkan immuniti
    Vitamin E mengikat radikal bebas yang terhasil daripada pengoksidaan dan menyebabkan kerosakan genetik dan sel mati. Vitamin  E boleh membantu memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung dan kanser. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang-orang dengan tahap yang lebih tinggi vitamin E mempunyai risiko yang lebih rendah daripada penyakit jantung.


    kebaikan vitamin e

    Berminat untuk mendapatkan produk ini?


    Hubungi saya:

    Zaihasnie (ID 906575)
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD AREA:Kuala Lumpur, Bdr Damai Perdana, Mines, Balakong, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Wangsa Maju, Setapak 

    Sunday 7 September 2014

    Cinch Energy Tea Mix - Teh Penambah Tenaga

    Cinch Energy Tea Mix bukanlah teh biasa! Teh yang istimewa terdiri daripada gabungan 4 jenis teh iaitu Matcha Green tea powder, Red tea extract, White tea extract dan Rooibos red tea extract.

    Sesiapa yang pernah mencuba pasti jatuh hati dengan teh istimewa ini kerana Cinch Energy Tea Mix berfungsi sebagai penambah tenaga dan tentunya sangat bagus bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

    cinch tea shaklee


    Bahan-Bahan Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :


    Matcha Green Tea Powder 
    teh hijau gred tertinggi dari Jepun (the greener than green superfood)

    * antioksida yang sangat tinggi
    * energy booster
    * metabolisme booster
    * bakar kalori up to 4x

    White Tea Extract 
    teh yang menjalani pemprosesan paling minimum

    * membakar lemak-lemak berlebihan
    * menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    * meningkatkan metabolisme
    * juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

    Rooibos Red Tea Extract 
    tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”

    * melarutkan lemak
    * meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    * agen detox yang kuat

    Red Tea Extract
    * Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
    * Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
    *merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

    Taurina
    * meningkatkan metabolisme
    * lebih bertenaga
    * larutkan lemak
    * membantu menghasilkan otot tanpa lemak

    (credit to mamaqaireen.blogspot.com)


    Keistimewaan Cinch Energy Tea Mix

    1. Penggalak tenaga semulajadi yang selamat
    2. Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
    3. Pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan
    4. Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.


    Antara Khasiat Cinch Energy Tea mix yang lain:

    1. Bersifat Anti mikrob
    2. Bersifat Anti radang
    3. Kaya Antioksidan
    4. Melindungi jantung
    5. Mengawal selera makan
    6. Meningkatkan kadar metabolisma untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan


    Pastikan anda memilih teh yang selamat ya. Cinch Energy Tea Mix mempunyai 28 sticks sekotak dan berharga RM131...sangat berbaloi untuk individu yang mencari produk Penambah Tenaga yang SELAMAT.

    Berminat untuk mendapatkan produk ini?


    Hubungi saya:

    Zaihasnie (ID 906575)
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD AREA:Kuala Lumpur, Bdr Damai Perdana, Mines, Balakong, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Wangsa Maju, Setapak 

    Saturday 6 September 2014

    GLA menyebabkan Rahim Bengkak? Betul ke?

    Kenapa Rahim Bengkak?
    Jom kita baca perkongsian Dr. Malinda berkenaan topik di atas.

    Rahim  adalah Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
    Kilang telur adalah Ovari.
    Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
    So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
    Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
    Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
    Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
    Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

    cyst

    Faktor Penyebab
    Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
    1. Hormon Estrogen yang berlebihan
    - fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
    Keadaan seperti ini sangat ketara bagi mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility (masalah kesuburan).
    Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
    2. Lambakan xenoestrogen dalam badan
    Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
    Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
    Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
    - phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
    - racun serangga (pesticides)
    - tobacco by products.
    3. Obesiti
    Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
    Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
    4. Genetik
    Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
    Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
    Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
    Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
    - haid yang tidak teratur / berpanjangan
    - sakit perut
    - sakit ketika hubungan kelamin
    - perut membuncit
    - pendarahan abnormal
    Perlukah operation?
    Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

    Apa Perlu Buat?
    So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
    Cadangan diet yang sesuai :
    1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
    2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
    3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
    4. Kawal berat badan
    5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

    Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
    Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
    Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
    Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
    (Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
    Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
    Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

    Cadangan Makanan Tambahan
    Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
    1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
    2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
    3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
    4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
    5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
    6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
    7. Green tea - powerful antioxidant

    GLA boleh ke?
    GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
    GLA daripada minyak borage adalah yang terbaik berbanding daripada EPO.
    Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
    Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
    Cyst

    Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
    So, di harap dengan penjelasan ini memberikan ilmu yang lebih jelas dan tepat buat semua.

    Berminat untuk mendapatkan produk ini?


    Hubungi saya:

    Zaihasnie (ID 906575)
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD AREA:Kuala Lumpur, Bdr Damai Perdana, Mines, Balakong, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Wangsa Maju, Setapak 

    Perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.