Tuesday 23 September 2014

Vitamin untuk Merawat Eczema

Hari ni saya nak story pasal Eczema..Dapat idea sebab tadi pergi menziarahi kawan lama dan tengok baby dia yg berusia hampir 6 bulan mengalami kulit yang kering dan kemerahan..Kesian kalau tengok anak-anak kecik yang kena Eczema ni kan...Mereka akan garu dan kadang kala berdarah:(

So kita berkenalan la dulu dengan Eczema ni  ye..

Apa itu Eczema?

Eczema adalah istilah umum bagi apa-apa radang di atas permukaan kulit.
Kebiasaannya, penghidap Eczema ini akan mengalami kulit yang kering dan berkerak, kemerahan, dan gatal-gatal.
Bermula sejak bayi ataupun zaman kanak-kanak.
Juga dikenali dengan nama 'Atopic Dermatitis'.





Apa Punca terjadinya Eczema ini?

Eczema ini biasanya terjadi disebabkan faktor keturunan dan persekitaran.

Antara faktor persekiran yang menyumbang kepada penyakit ini adalah:


causes of eczema


Jom kita tengok apa simptom eczema...

Bayi
-Ruam biasanya muncul di kulit kepala dan pipi
-Ruam yang menggelembung
-Ruam yang boleh menyebabkan rasa sangat gatal sehingga mengganggu tidur.

eczema


Kanak-kanak (2 tahun ke atas)
-Ruam biasanya muncul di belakang lipatan siku atau lutut, juga di leher dan pergelangan tangan dan kaki serta di lipatan antara punggung dan kaki

Dewasa
-Ruam biasanya muncul dalam lipatan siku atau lutut atau tengkuk leher
-Ruam meliputi banyak badan
-Ruam boleh menjadi terutamanya jelas di leher, muka dan di sekitar mata
-Ruam boleh menyebabkan kulit yang sangat kering
-Ruam boleh kekal gatal
-Ruam boleh menyebabkan kulit bersisik (lebih daripada bersisik pada kanak-kanak)
-Ruam boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Apakah rawatan yang boleh di beri kepada penghidap Eczema?

1) Mandi dengan kerap
2) Memakai pelembap badan setiap hari
3) memilih pakaian daripada kapas dan lembut
4) Gunakan sabun khas
5) Gunakan penapis udara
6) Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit luka akibat kesan garu

Adakah Vitamin juga boleh membantu  merawat Eczema?

Minyak ikan

Minyak ikan menghalang B4 leukotriene, iaitu molekul lemak sistem imun yang berkait dengan keradangan yang dilihat pada eczema. Menurut University of Maryland Medical Center, satu kajian awal minyak ikan pada pesakit eczema mendapati bahawa gejala penambahbaikan yang ketara selepas 12 minggu rawatan dengan makanan tambahan minyak ikan setiap hari.

 fish oil for eczema
Gamma-Linolenic Acid
Borage oil mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit bermasalah atau kering.

gla for eczema



Vitamin C
Vitamin C dengan bioflavonoids adalah makanan tambahan antioksidan yang kuat membantu menstabilkan membran sel dan mencegah keradangan.
vitamin c for exzema
B Complex
Penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah.
Bcomplex for eczema



Vitamin E
Membantu mengurangkan kekeringan dan gatal-gatal.
vitamin e for eczema



Apapun, anda perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.


Berminat untuk mendapatkan produk di atas?

Hubungi pengedar anda:


  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • No comments:

    Post a Comment