Tuesday 16 September 2014

6 Tip Hilangkan Bau Badan

Bau badan? owh sangat tidak selesa bukan? Apatah lagi apabila masalah ini berlaku kepada rakan rapat atau saudara mara terdekat kita. Kadang-kadang mereka yang mempunyai masalah bau badan ini tidak sedar akan masalah ini. Oleh itu mungkin kita perlu memberi tahu mereka dengan cara yang berhemah supaya mereka ini tidak malu dan dapat membantu mereka hidup dengan lebih sihat.

body odour

Peluh pada asalnya hanyalah cecair tanpa bau. Tetapi apabila bakteria pada badan menukarkan protein yang terdapat pada peluh kepada sejenis asid, ini menyebabkan terhasilnya 'Bau Badan' yang sangat aromatik itu.

Jom saya kongsikan 6 Tip untuk menghilangkan Bau Badan.

Tip 1# Mandi dengan Kerap

Sekiranya anda bekerja di dalam kawasan yang mempunyai pendingin udara, ia mungkin tidak membuatkan anda selalu berpeluh. Namun sekiranya anda bekerja di kawasan lapang dan kerap berpeluh, kerapkan mandi supaya peluh itu dapat dibersihkan.

mandi elak bau badan


Tip 2# Gunakan Sabun Antibakteria

Pastikan anda mandi menggunakan sabun dan lebih baik sekiranya anda dapat gunakan sabun anti bakteria. Sabun ini dapat mengurangkan bilangan bakteria di bahagian ketiak seterusnya mengurangkan bau badan anda.

Tip 3# Lap badan sehingga kering

Selepas mandi, pastikan anda mengelap badan sehingga kering terutama di kawasan ketiak. Ini kerana sekiranya ketiak anda kering, ini akan mengurangkan bakteria untuk membiak.

Tip 4# Gunakan anti perspirant

Anti perspirant membantu mengurangkan peluh. Apabila peluh kurang, maksudnya peluang untuk bakteria membiak akan berkurang.
Berbeza dengan deodorant, deodorant berfungsi sebagai 'mask' kepada bau badan kita dan bukanlah mengurangkan peluh.


antiperspirant for control body odour


Tip 5# Pakaian yang Bersih

Sekiranya badan kita sering berpeluh, pastikan pakaian kita ditukar sekerap mungkin. Basuh pakaian dengan bersih dan jangan pakai pakaian yang lembap. Pakaian yang bersih dapat mengurangkan bau badan kita.

Tip 6# Jaga Pemakanan 

Pemilihan makanan sangat berkait rapat dengan bau badan anda. Kurangkan makanan yang pedas dan berbau kerana makanan ini akan mempengaruhi bau badan anda.


Adakah Vitamin Shaklee dapat membantu saya menyelesaikan masalah bau badan ini?

Ada

alfalfa untuk bau badan


Alfalfa Complex dapat membantu masalah bau badan anda kerana ia bersifat:

Anti bakteria- membantu membuang toksin dari badan. Toksin merupakan penyumbang kepada bau badan anda juga.

Berminat untuk mendapatkan Alfalfa Complex?

Hanya Rm 59.00 (termasuk poslaju) untuk 330 biji.


Berminat untuk mendapatkan produk di atas?

Hubungi pengedar anda:





  • Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
    FB: Zaihasnie
    No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)

    COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat



  • No comments:

    Post a Comment