Thursday 30 October 2014

Solat Sunat Tahajud | Tip Mudah Bangun Malam

Solat sunat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit. (Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi). Solat Tahajud merupakan solat sunat yang utama selepas solat fardhu dan  dilakukan di 1per3 malam.


Tip untuk senang bangun tahajud:

  • Tidur awal
  • Sebelum tidur, niat dan minta sungguh-sungguh dikejutkan..insha allah
  • Kunci jam loceng/ handphone
  • Amalkan adab tidur (baca doa, ambil wuduk dsb)

Cara Mendirikan Solat Tahajud

Solat Tahajud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”            
                                                (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajud baca doa berikut :


 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

 3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
       Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)
      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
      Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

    10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
    (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:



5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:



6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD
.

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

(credit: shafiqolbu.wordpress.com)


Semoga bermanfaat buat semua:)

Berlebihan atau kekurangan Asid Urik Punca Gout?

Dalam tak sedar kaki  terasa sakit, jalan terhencot-hencot. Apa yang tak kena ya dengan kaki ni?
Mungkin kita tidak pernah alami, tapi rakan-rakan terdekat dan mungkin juga saudara mara kita mengalaminya. Sakit? Ya memang sakit dan pergerakan menjadi agak sukar dan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk jika tidak diatasinya. Jom kita tengok adakah kelebihan atau kekurangan asid urik punca gout.


APA ITU GOUT?

***Tergolong dalam kumpulan arthritis, GOUT sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. 

***Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan. 


gout


PUNCA?

***Puncanya dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga). 

***Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.




Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi. 

Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama. 




Serangan yang kerap kali berlaku menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut

SIMPTOM

Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam. 

JAGA PEMAKANAN



***Pesakit perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan pembentukan batu karang 

***Beralih kepada diet rendah purin dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan, minuman keras dan beberapa jenis ikan, bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?



Alfalfa
Alfalfa membantu mengatur keseimbangan asid  dan alkali badan dan menyingkirkan toksik dari badan. Mengandungi lapan enzim pencernaan  seterusnya membantu mengatasi bengkak kaki, sakit sendi dan bengkak buku lali.

Omega
Omega membantu mengurangkan bengkak sendi sekiranya gout mencapai tahap yang serius.

*Air perlu diminum dalam kuantiti mencukupi untuk membantu proses penyingkiran asid urik.


Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang produk ini, hubungi:)

  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)



Sunday 26 October 2014

Perancangan Allah Pasti Terbaik | Jemputan Umrah Ramadhan 2014

Niat untuk menunaikan umrah ini telah disuarakan kepada suami dua tahun yang lepas. Masa tu duit memang belum cukup, namun cita-cita tu tak pernah padam. Insha allah bila niat kita baik pastinya Allah akan mudahkan.


umrah ramadhan 2014
Makkah Al- Mukarramah

Bulan Januari 2014, saya telah membuat survey beberapa syarikat yang membawa jemaah umrah. Kebanyakannya semua dah full untuk cuti sekolah bulan Mei. Akhirnya kami telah memilih Maghfirah Travel sebagai travel agency untuk umrah kami. Alhamdulillah dipertemukan dengan staff Magfirah yang mesra dan memang sesuai dgn tagline company iaitu "melayani dan membimbing dengan hati'. Boleh hubungi no seperti di bawah untuk pakej umrah anda!



Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kami sepatutnya berlepas ke Tanah suci pada 31 Mei 2014, namun kerana masalah Visa, jadi perjalanan kami ditunda ke Bulan Disember 2012. Di sebalik kejadian ini, kami berfikir yang 'BELUM MASA'nya kami menjadi tetamu pilihanNYa. Sedih jugalah, namun hati berkata pasti Dia akan berikan yang lebih baik.

PerancanganNya pasti TERBAIK. Apabila seoarang staff  Maghfirah Travel menghubungi saya dan menawarkan pakej umrah ramadhan, hati terus berkata..Subhanallah. Tidak pernah terfikir untuk menunaikan umrah di bulan Ramadhan yang barakah itu, namun DIA yang MAHA PEMBERI NIKMAT. Memberi kami peluang yang bukan semua dapat dinikmati oleh orang-orang lain. Insan Terpilih!

Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan 1 Ramadhan dan berbuka puasa di Madinah Al Munawarah. Subhanallah, sangat indah, sangat aman dan keterujaan berada di bumi Madinah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap hari kami tidak melepaskan peluang berbuka puasa di Masjid Nabi itu. Berebut-rebut hamba allah yang ingin mendapat saham akhirat dengan bersedekah makanan berbuka puasa. Meriah dan sangat meriah.

Keluarga jemaah Maghfirah yang BEST!

Kemeriahan Ramadhan di Madinah

Juadah berbuka puasa di Masjid Nabi

Nikmat Terindah
Sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada mama dan papa saya yang sudi menjaga anak-anak syurga saya selama hampir dua minggu. Alhamdulillah, bila kita serahkan kepada Allah, mudah urusan mama dan papa saya dalam menjaga cucu mereka. Insha allah masanya akan tiba untuk saya membawa mama dan papa menunaikan umrah dan haji. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini.

Pengalaman memang sangat berharga dan kerana itulah saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya. Ada 3 perkara penting yang perlu dipersiapkan agar segala aktiviti kita berjalan lancar:

1) Persiapan mental
>Dari segi mental, kita perlu set dalam minda yang kita pergi menunaikan umrah lillahi taala. So apabila kita setkan minda kita, insha allah, apa jua halangan dan dugaan kita mampu hadapi dengan tenang dan redha.
>Hadirkan diri ke kelas-kelas bimbingan untuk menunaikan umrah serta membaca buku-buku berkaitan umrah juga amat membantu terutama bagi yang PERTAMA kali menjejakkan kaki ke sana. Antara buku kegemaran saya ialah:

Wajib baca sampai HABIS tau.


2) Persiapan fizikal
Sebaiknya kita ada melakukan exercise sebelum berada di tanah suci. Hal ini disebabkan, aktiviti seharian di sana kebanyakannya adalah berulang alik ke masjid yang jaraknya bukanla sangat dekat. Jadi adalah lebih baik jika kita membiasakan diri untuk senaman-senaman ringan agar urat saraf kita tidak terkejut dan menyebabkan masalah kesihatan.



3) Persiapan Kelengkapan
Kelengkapan yang dimaksudkan di sini ialah kita membuat ceklist senarai pakaian, makanan tambahan, dan peralatan lain yang perlu di bawa. Persiapkan barang-barang ini lebih awal supaya ianya tidak mengganggu tugasan harian kita. Tak perlu bawa pakaian banyak pun. Nanti tunggu next entry:)

ihsan google

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Tunggu next entry continue storymory pasal umrah lagi:)


Bagi yang berminat untuk  mengetahui berkenaan produk Shaklee bolehlah menghubungi saya:)

  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)

Saturday 25 October 2014

Gawat Bila Dah Makan Vitamin Cinta | Testimoni Vit E

Memang GAWAT bila makan vitamin cinta aka Vitamin E nih.

Banyak masalah akan berlaku bila anda mula makan vitamin E ini lebih-lebih lagi apabila encik suami pun turut serta. Antara masalahnya ialah:

>>>>Anda dan suami tak sabar nak pulang dari kerja
>>>>Asyik sms/ wassap/ call aje sepanjang hari
>>>>Asyik berkepit macam pengantin baru ajew

oh ini bahaya!

Ini semua adalah angkara penggunaan Vitamin E yang sebenarnya telah membuatkan:

***Kualiti dan kuantiti sperma diperbaiki mutunya dan sperma lelaki diperkuatkan supaya dapat bertemu dengan ovum.

***Peningkatan keinginan seksual dan ini membantu mengatasi  masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri.

***Peningkatan LIBIDO dan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan.

***Peningkatan hormon testosteron dalam badan lelaki yang menyebabkan stamina dan keinginan seksual sentiasa baik!.



Apa kata pengguna?


testimoni vitamin E



testimoni vitamin E



testimoni vitamin E

testimoni vitamin E



Anda boleh klik ini untuk mengetahui tentang vitamin cinta ni.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dan merasai kehebatan vitamin E aka VITAMIN CINTA ini bolehlah menghubungi saya:)



  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)









Tuesday 21 October 2014

Selamat tinggal Hemoglobin Rendah | Tips Kehamilan

Hamil sahaja Hemoglobin rendah! Hemoglobin rendah aje time hamil!

Saat hamil adalah suatu jangka masa yang penting bagi seorang ibu kerana makanan yang dimakan adalah kepeluan untuk dirinya dan juga bayi. Makanan ibu merupakan sumber utama yang membantu dalam proses pembesaran bayi. Apabila sumber nutrien itu mencukupi, gejala-gejala ketika mengandung dapat dielakkan terutama isu Hemoglobin rendah atau dikenali dengan ANEMIA.



Anemia adalah masalah bacaan hemoglobin (Hb) yang rendah di dalam sel darah merah. Hb merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Apablila ibu hamil mengalami anemia, tisu badan kekurangan oksigen seterusnya menyebabkan kurang tenaga, pucat dan kerap pitam. Ujian darah dilakukan untuk mengesan paras Hb dan pastikan ia tidak kurang daripada 11gm/dl.

Antara Tips untuk mengatasi masalah ini adalah melalui 2 cara:

1) Pemakanan yang kaya dengan zat besi  

iron rich foods

Makanan yang kaya dengan zat besi yang baik terdiri darpada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa,kerang, ikan bilis dan sotong. Manakala, daripada sumber sayuran pula terdiri daripada sayuran hijau seperti,kailan, pegaga dan bayam.

Selain meminum jus buah-buahan, pengambilan buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik dan mangga juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
                                                                                                                       

2) Pengambilan Suplemen yang bersesuaian

Pengambilan suplemen amat penting ketika hamil. Sebab itulah bila kita disahkan hamil dan membuat pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, beberapa jenis bekalan vitamin diberikan oleh Doktor. Antara vitamin yang penting untuk Anemia adalah:

  • Zat besi
  • Asid Folik
  • Vitamin C
  • Vitamin B Complex

Zat besi, Asid Folik dan B Complex diperlukan untuk pembentukan sel darah merah manakala Vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Untuk penyerapan optimumelakkan makan suplemen bersama air berkafein, minuman berkolabercoklat mahupun bersusu kerana minuman ini mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaiknya ambillah bersama air kosong ataupun jus buah-buahan

Jarakkan pengambilan suplemen  sekurang-kurangnya 1-2 jam sekiranya anda ingin mengambil makanan mengandungi bahan penyerapan zat besi.

anemia in pregnancy

Antara Vitamin  Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai masalah hemoglobin rendah adalah Vitalea, Vitamin C dan B Complex. Ketiga-tiga vitamin ini memenuhi nutrien bagi ibu mengandung dan juga membantu meningkatkan hemoglobin.

Berminat untuk mendapatkan Vitamin untuk HB RENDAH?


Boleh menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan produk:)

  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)








Monday 20 October 2014

Cawangan Shaklee Seluruh Malaysia Yang Berhampiran Anda

Shaklee ada Stokis dekat Cheras tak?

Shaklee ad Stokis di Kuantan?

Selalu persoalan ini ditanya oleh pelanggan yang baru. Maaf ye puan -puan dan encik-encik. Shaklee tidak mempunyai stokis seperti sesetengah perniagaan MLM yang lain. Dan kerana itulah wujudnya KAMI sebagai PENGEDAR SHAKLEE anda yang SAH untuk membantu anda mendapatkan produk kami yang HEBAT ini.

Ada yang call saya, dari kawasan yang sangat dekat dengan Cawangan Shaklee. Pelanggan yang berhampiran ini boleh mendapat keuntungan dari segi harga jika mereka dapat pergi sendiri untuk membuat pembelian.

Senang sahaja:)

  • Pergi ke Cawangan Shaklee yang berhampiran anda
  • Dapatkan borang Senarai Produk di kaunter
  • Pilih barang yang anda inginkan
  • Letakkan NAMA SAYA: ZAIHASNIE BT ZAINUDDIN
  • Letakkan NO ID saya: 906575
  • Selesai Pembeyaran, Ambil barang, Selesai!
  • Anda berpeluang membeli dengan harga ahli! (penjimatan 15-20%-banyak kan)

Jom tengok SENARAI CAWANGAN SHAKLEE SELURUH MALYSIA




Shaklee Head Quarters ini baru sahaja dirasmikan pada 18 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti yang pastinya melibatkan seisi keluarga. Hadiah-hadiah yang pastinya sangat berbaloi untuk anda.



Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini dan yang pastinya Shaklee menawarkan KESELESAAN kepada Pengedarnya. Sangat banyak perubahan berbanding tahun-tahun yang lepas.


Bilik permainan kanak-kanak

Adakah Company MLM lain yang juga sangat mengutamakan keselesaan anak-anak pelanggan mereka?

Kaunter yang lebih banyak dan ruang menunggu yang lebih selesa




Bilik latihan yang lebih besar

Shaklee menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Jom tengok 6 Cawangan Shaklee di Seluruh Malaysia. Mungkin alamat ini sangat dekat dengan rumah anda.

  • Kuala Lumpur
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Johor Bahru
  • Kelantan
  • Sabah









Alamat dan nombor telefon untuk dihubungi telah lengkap diberi. So jangan lepaskan peluang jika cawangan Shaklee ini berhampiran anda.

Boleh juga menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan produk

  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)




Sunday 19 October 2014

Kumpul Tudung Halfmoon| Hobi yang Menyeronokkan

Salam hujung minggu buat semua:)

Entri kali ni nak cerita pasal hobi. Apa yang anda faham tentang Hobi? Hobi tu bertujuan untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan. Betul ke? 

Hobi saya sejak kecil memang mengumpul ajew. Kecik-kecik dulu suka kumpul pensil. Ada macam-macam jenis pensil dan ada yang saya belum guna sehingga kini. Sejak Darjah 1 pun ada lagi.Aha..lama benauu.

Sekarang hobi dah bertukar mengikut umur. Saya suka mengumpul Tudung Halfmoon dan yang paling saya suka ialah  Halfmoon Butterfly. Nampak macam sama tapi lain sedikit design dia.



Perbezaan dari segi rekaan bentuk  Halfmoon & Butterfly

Saya suka!Saya suka! Kenapa?

  • Senang dipakai dan digayakan
  • Cepat siap (xkena marah sebab lama duk depan cermin:>)
  • Ada jenis kain yang tak perlu digosok (wallaweh..ini paling senang, capai ajew)
Mengumpul tudung bermakna membeli aka mengeluarkan duit. So far belum lagi sampai tahap nak jahitlah, walaupun tak susah cuma nak mencari material yang best tu ambil masa bagi saya. Saya memang agak cerewet dalam pemilihan material untuk tudung mahupun baju. So cara yang mudah kita beli sahaja. Tambahkan pendapatan bagi kawan-kawan yang berniaga tudung. 

Walaupun saya ni penggemar tudung Halfmoon, saya bukanlah seorang yang akan menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk sehelai tudung. Kebiasaanya halfmoon saya hanya berharga tidak lebih RM 50 ke atas. 


Tips Memilih Shawl/Halfmoon yang BEST?

  • Pilih material yang senang digayakan (biasanya kalau jenis satin ia agak sukar walaupun kelihatan cantik)
  • Pilih material yang tak perlu digosok (boleh bawa untuk vacation ke)
  • Pilih labuh yang bersesuaian dengan anda (ada pelbagai saiz)
  • Pilih warna yang bersesuaian dengan baju anda

Antara tempat favourite saya untuk membeli tudung Halfmoon ialah di Bangi Gateaway yang terletak di Bangi (dekat tol masuk Bangi). Tempat yang sangat sesuai untuk perempuan shopping kerana dari tingkat bawah hingga ke tinggat atas, majoriti adalah kedai baju dan tudung. Pelbagai butik tudung ada di sana seperti JelitaSara, Ratu, PearlHaya dan macam-macam lagi. Memang gawatttt..aha

Bangi Gateaway

Saya kurang gemar membeli tudung secara Online sebab saya lebih gemar memilih sendiri material yang sesuai. So mungkin kawan-kawan di luar ada favourite kedai-kedai online yang mempunyai material best...Bolehla berkongsi dengan saya..mungkin saya boleh terjah...ehe

So itu saja cerita saya hari ini..Jumpa lagi ya:)


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  Zaihasnie (ID 906575) 

  •   FB: Zaihasnie
  •   
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana


  •   COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat


  •   No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
  • Saturday 18 October 2014

    Vitamin E Shaklee Vitamin Cinta?

    Bila sebut aje Vitamin E selalu dikaitkan dengan Vitamin Cinta. Bila sebut aje Vitamin Cinta terus nampak 18sx. Aha betul ke?

    Kerukunan rumah tangga memang amat perlu dijaga lebih-lebih lagi melibatkan hubungan suami isteri. Pada zaman sekarang, dek kerana kesibukan bekerja membuatkan pasangan suami isteri pulang lewat, keletihan dan ini merupakan antara faktor yang boleh mengganggu gugat hubungan yang baik. Ada juga keretakan rumah tangga hanya disebabkan faktor yang satu itu. Bahaya kan?

    Oleh itu jangan dibiarkan. Perlu sedar sebelum terlewat! Perlu bertindak sebelum terlepas!

    vitamin e vitamin cinta


    Jom kita tengok Kenapa Vitamin E digelar Vitamin Cinta?

    Awas! Hanya untuk Pasangan yang SAH BERKAHWIN ya!


    Vitamin E berperanan penting untuk kesihatan seksual kerana ia membantu menghasilkan hormon seksual dan merangsang libido. Ada juga yang menjadikan vitamin E ini sebagai pelincir ketika bersama.



    vitamin e vitamin cinta


    Peranan Vitamin E untuk Kesihatan Sexual Lelaki  
    • Lebih mudah terangsang
    • Lebih bertenaga
    • Ereksi yang lebih lama
    • Orgasma yang lebih kuat dan bersemangat
    Peranan Vitamin E untuk Kesihatan Sexual Wanita
    • Libido yang lebih kuat
    • Lebih mudah terangsang
    • Lebih bertenaga
    • Menstabilkan hormon seks wanita
    wauuuuu!!!!...macam hebat je...nak tau betul ke tidak kena makan dulu la kan...

    so jangan tunggu lama-lama. Boleh hubungi saya untuk dapatkan penerangan lanjut.


    Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
      Zaihasnie (ID 906575) 
  •   FB: Zaihasnie
  •   
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana



  •   COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  •   No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)



  •   





  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur & Selangor | Cabaran 7 Hari

    Last entry untuk Cabaran kali ini. Bagi individu yang mencari pengedar Shaklee sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (Klang Valley) terutama di kawasan Cheras, Balakong, Bandar Tasik Selatan, Permaisuri, Setapak, Wangsa Maju dan sekitarnya, bolehlah menghubungi saya untuk penghantaran secara COD (Cash on delivery) mahupun secara pos.





    Apa yang saya tawarkan?

    *Free Consultation
    *Cod di kawasan dinyatakan tanpa delivery charges
    *Dimasukkan ke dlm group untuk info2 kesihatan


    Saya cuba membantu menyelasaikan masalah kesihatan anda dengan mencadangkan produk-produk yang bersesuaian. Pengalaman menggunakan produk Shaklee hampir 3 tahun membolehkan saya berkongsi dengan anda semua.

    Jumpa lagi:)

    Berminat boleh hubungi saya


  •   Zaihasnie (ID 906575) - Pengedar Shaklee Kuala Lumpur
      FB: Zaihasnie
  •   No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
  •   COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana


  •   COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat








  • Thursday 16 October 2014

    Restoran Kegemaran Saya | Seoul Garden | Cabaran 7 hari

    Entry ke 6 sudaaaa. Tajuknya Restoran Kegemaran dan Seoul Garden menjadi pilihan saya. Kebanyakannya berada di dalam pasaraya besar seperti Festival City Setapak, Mines Shopping Centre dan IOI Mall Puchong. Dari pagi sampai malam waktu operasinya (sama seperti pasaraya) cuma kalau nak pergi dalam bilangan yang ramai sila tempah dahulu ya!



    seoul garden


    Kenapa Suka?

    1) Banyak Pilihan



    Macam-macam jenis makanan ada...
    Pelbagai seafood
    Pelbagai jenis ayam perapan yang berbeza
    Pelbagai jenis daging perapan yang berbeza
    Pelbagai sayuran
    Pelbagai Buah-buahn

    Ada nasi/mee goreng
    ABC / Ais krim

    Tak cukup lagi ke? aha...

    Ingat! Ingat! Ingat!

    Makan apabila LAPAR dan BERHENTI sebelum KENYANG:)

    Pelbagai Sayuran

    Yummy...

    2) Harga Berbaloi


    Untuk sajian Buffet, harganya berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harga sajian buffet di tempat lain. So kepada sesiapa yang memang kaki makan, mehle singgah Seoul Garden ni.Puas hati makan Grill n steamboat ni.

    Saya pernah makan steamboat di tempat lain juga, tapi di Seoul Garden lebih puas hati dari segi kepelbagaian jenis makanannya. So pada sesiapa yang nak makan steamboat n Grill, tapi tak tahu kat mana tempatnya bolehla menjejak kan kakinya ke sini..

    Jom tengok lokasi baru yang akan dibuka:)



    Orang-orang Kedah, Seremban, Penang, & coming soon Kuantan.... enjoy ur Buffet ya!


    Have a nice Day ya ollss...

    Tuesday 14 October 2014

    Homemade Resepi | Kek Hawflakes Kukus | Cabaran 7 hari

    Nampaknya dah hari ke 5 entry saya. Tinggal 2 entry sahaja makan terlaksanalah segala cabaran blog 7 hari ini. Pastinya banyak lagi cabaran yang akan menyusul...

    Pastinya untuk lebih mahir dan mahir...Doakan saya ye:)

    So harini saya nak berkongsi homemade resepi iaitu KEK HAWFLAKES. Ade yang panggil kek kukus masam manis..apapun nama dia....kek ini mempunyai ciri ini:


    • diletak hawflakes
    • dikukus selapis selapis
    • berwarna warni
    Hawflakes



    Jom kita tengok apa Bahan-Bahan dan Cara membuatnya:

    Bahan-Bahan

    • 250g butter
    • 2 cawan serbuk biskut marie (biskut marie dihancurkan halus)
    • 1 cawan gula halus
    • 2 sudu besar susu pekat manis
    • 5 biji telur
    • Hawflakes 1-2 paket
    • Pewarna (hijau, kuning, merah @ suka hatilah)
    • 1 sudu kecil baking powder
    • Esen vanilla

    Cara Membuatnya

    1. Telur putih dan kuning diasingkan
    2. Telur putih dipukul sehingga kembang (tak jatuh)
    3. Kemudian masukkan gula dan pukul sehingga larut dan letak di tepi
    4. Butter dipukul sehingga kembang dan dimasukkan telur kuning satu persatu
    5. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla dan digaul rata
    6. Tepung biskut  dan baking powder di ayak bersama
    7. Adunan putih telur dicampurkan ke dalam bekas butter dan digaul rata
    8. Masukkan serbuk biskut sedikit-sedikit sehingga habis dan gaul rata
    9. Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan campurkan pewarna
    10. Kukus 1 layer (7-10 min setiap lapis), letak hawflakes pada setiap lapisan
    11. Siap...taraaaaa
    Kek Hawflakes Kukus


    Senang ajew tapi kena sabar banyak-banyak ye...kukus ajew yg lambat sikit

    Malas nak buat tapi nak makan,..tempah ajewlah...aha..saya ambil jugak tempahan untuk regular customer...aha..

    Sekian...

    SELAMAT MENCUBA!