Sunday 19 October 2014

Kumpul Tudung Halfmoon| Hobi yang Menyeronokkan

Salam hujung minggu buat semua:)

Entri kali ni nak cerita pasal hobi. Apa yang anda faham tentang Hobi? Hobi tu bertujuan untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan. Betul ke? 

Hobi saya sejak kecil memang mengumpul ajew. Kecik-kecik dulu suka kumpul pensil. Ada macam-macam jenis pensil dan ada yang saya belum guna sehingga kini. Sejak Darjah 1 pun ada lagi.Aha..lama benauu.

Sekarang hobi dah bertukar mengikut umur. Saya suka mengumpul Tudung Halfmoon dan yang paling saya suka ialah  Halfmoon Butterfly. Nampak macam sama tapi lain sedikit design dia.



Perbezaan dari segi rekaan bentuk  Halfmoon & Butterfly

Saya suka!Saya suka! Kenapa?

  • Senang dipakai dan digayakan
  • Cepat siap (xkena marah sebab lama duk depan cermin:>)
  • Ada jenis kain yang tak perlu digosok (wallaweh..ini paling senang, capai ajew)
Mengumpul tudung bermakna membeli aka mengeluarkan duit. So far belum lagi sampai tahap nak jahitlah, walaupun tak susah cuma nak mencari material yang best tu ambil masa bagi saya. Saya memang agak cerewet dalam pemilihan material untuk tudung mahupun baju. So cara yang mudah kita beli sahaja. Tambahkan pendapatan bagi kawan-kawan yang berniaga tudung. 

Walaupun saya ni penggemar tudung Halfmoon, saya bukanlah seorang yang akan menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk sehelai tudung. Kebiasaanya halfmoon saya hanya berharga tidak lebih RM 50 ke atas. 


Tips Memilih Shawl/Halfmoon yang BEST?

  • Pilih material yang senang digayakan (biasanya kalau jenis satin ia agak sukar walaupun kelihatan cantik)
  • Pilih material yang tak perlu digosok (boleh bawa untuk vacation ke)
  • Pilih labuh yang bersesuaian dengan anda (ada pelbagai saiz)
  • Pilih warna yang bersesuaian dengan baju anda

Antara tempat favourite saya untuk membeli tudung Halfmoon ialah di Bangi Gateaway yang terletak di Bangi (dekat tol masuk Bangi). Tempat yang sangat sesuai untuk perempuan shopping kerana dari tingkat bawah hingga ke tinggat atas, majoriti adalah kedai baju dan tudung. Pelbagai butik tudung ada di sana seperti JelitaSara, Ratu, PearlHaya dan macam-macam lagi. Memang gawatttt..aha

Bangi Gateaway

Saya kurang gemar membeli tudung secara Online sebab saya lebih gemar memilih sendiri material yang sesuai. So mungkin kawan-kawan di luar ada favourite kedai-kedai online yang mempunyai material best...Bolehla berkongsi dengan saya..mungkin saya boleh terjah...ehe

So itu saja cerita saya hari ini..Jumpa lagi ya:)


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  Zaihasnie (ID 906575) 

  •   FB: Zaihasnie
  •   
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana


  •   COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat


  •   No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
  • 4 comments:

    1. Suka tudung halfmoon butterfly rupanya...mai la shopping tudung halfnoom ngn saya^^^

      ReplyDelete
      Replies
      1. ade yang cun n kain yang best...u roger ai ye su

        Delete
    2. Saya pun suka haflmoon. Dulu memang xminat pun sbb rumit nak belit2. Tp skrang ni rasa2 dah ada 7 helai dah. Best la lak pakai haflmoon.hehehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. kan..senang ajew...nanti share la beli kat mana ye

        Delete