Sunday 26 October 2014

Perancangan Allah Pasti Terbaik | Jemputan Umrah Ramadhan 2014

Niat untuk menunaikan umrah ini telah disuarakan kepada suami dua tahun yang lepas. Masa tu duit memang belum cukup, namun cita-cita tu tak pernah padam. Insha allah bila niat kita baik pastinya Allah akan mudahkan.


umrah ramadhan 2014
Makkah Al- Mukarramah

Bulan Januari 2014, saya telah membuat survey beberapa syarikat yang membawa jemaah umrah. Kebanyakannya semua dah full untuk cuti sekolah bulan Mei. Akhirnya kami telah memilih Maghfirah Travel sebagai travel agency untuk umrah kami. Alhamdulillah dipertemukan dengan staff Magfirah yang mesra dan memang sesuai dgn tagline company iaitu "melayani dan membimbing dengan hati'. Boleh hubungi no seperti di bawah untuk pakej umrah anda!



Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Kami sepatutnya berlepas ke Tanah suci pada 31 Mei 2014, namun kerana masalah Visa, jadi perjalanan kami ditunda ke Bulan Disember 2012. Di sebalik kejadian ini, kami berfikir yang 'BELUM MASA'nya kami menjadi tetamu pilihanNYa. Sedih jugalah, namun hati berkata pasti Dia akan berikan yang lebih baik.

PerancanganNya pasti TERBAIK. Apabila seoarang staff  Maghfirah Travel menghubungi saya dan menawarkan pakej umrah ramadhan, hati terus berkata..Subhanallah. Tidak pernah terfikir untuk menunaikan umrah di bulan Ramadhan yang barakah itu, namun DIA yang MAHA PEMBERI NIKMAT. Memberi kami peluang yang bukan semua dapat dinikmati oleh orang-orang lain. Insan Terpilih!

Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan 1 Ramadhan dan berbuka puasa di Madinah Al Munawarah. Subhanallah, sangat indah, sangat aman dan keterujaan berada di bumi Madinah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap hari kami tidak melepaskan peluang berbuka puasa di Masjid Nabi itu. Berebut-rebut hamba allah yang ingin mendapat saham akhirat dengan bersedekah makanan berbuka puasa. Meriah dan sangat meriah.

Keluarga jemaah Maghfirah yang BEST!

Kemeriahan Ramadhan di Madinah

Juadah berbuka puasa di Masjid Nabi

Nikmat Terindah
Sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada mama dan papa saya yang sudi menjaga anak-anak syurga saya selama hampir dua minggu. Alhamdulillah, bila kita serahkan kepada Allah, mudah urusan mama dan papa saya dalam menjaga cucu mereka. Insha allah masanya akan tiba untuk saya membawa mama dan papa menunaikan umrah dan haji. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini.

Pengalaman memang sangat berharga dan kerana itulah saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya. Ada 3 perkara penting yang perlu dipersiapkan agar segala aktiviti kita berjalan lancar:

1) Persiapan mental
>Dari segi mental, kita perlu set dalam minda yang kita pergi menunaikan umrah lillahi taala. So apabila kita setkan minda kita, insha allah, apa jua halangan dan dugaan kita mampu hadapi dengan tenang dan redha.
>Hadirkan diri ke kelas-kelas bimbingan untuk menunaikan umrah serta membaca buku-buku berkaitan umrah juga amat membantu terutama bagi yang PERTAMA kali menjejakkan kaki ke sana. Antara buku kegemaran saya ialah:

Wajib baca sampai HABIS tau.


2) Persiapan fizikal
Sebaiknya kita ada melakukan exercise sebelum berada di tanah suci. Hal ini disebabkan, aktiviti seharian di sana kebanyakannya adalah berulang alik ke masjid yang jaraknya bukanla sangat dekat. Jadi adalah lebih baik jika kita membiasakan diri untuk senaman-senaman ringan agar urat saraf kita tidak terkejut dan menyebabkan masalah kesihatan.



3) Persiapan Kelengkapan
Kelengkapan yang dimaksudkan di sini ialah kita membuat ceklist senarai pakaian, makanan tambahan, dan peralatan lain yang perlu di bawa. Persiapkan barang-barang ini lebih awal supaya ianya tidak mengganggu tugasan harian kita. Tak perlu bawa pakaian banyak pun. Nanti tunggu next entry:)

ihsan google

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Tunggu next entry continue storymory pasal umrah lagi:)


Bagi yang berminat untuk  mengetahui berkenaan produk Shaklee bolehlah menghubungi saya:)

  • Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
  • Zaihasnie (ID 906575) 
  • FB: Zaihasnie
  • PAGE:Zaisyam Health Shop
  • COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
  • COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
  • Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
  • No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)

2 comments: