Monday 9 December 2013

Cabaran Berblog 30 hari~Day 1

Its All About ME

Cabaran berblog selama 30 hari dimulakan dengan entry pertama iaitu Introduction and a little bit about you. Recent picture about youself.

Tak kenal maka tak Cinta, betul tak? so serba sedikit mengenai saya akan saya kongsikan dalam entry hari ini. Mungkin kawan saya adalah kawan anda..kawan anda adalah kawan saya. Ntah-ntah bersaudara pun tak tahu.Bersaudara sesama Islam itu sudah pasti:)

'me'


Saya Zaihasnie Binti Zainuddin dilahirkan pada 19 Januari 1983 di Kuantan. Memang anak jati Pahang nih. Kakak sulong daripada 4 org adik beradik. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, seterusnya ke S.M.K Abdul Rahman Talib (SMART) dan di MRSM Pengkalan Chepa Kota Bharu. Setahun di Matrikulasi Melaka sebelum ke Universiti Malaysia Sabah selama 3 tahun. Saya ni asyik duk jauh je dari family time belajar sampailah sekarang..

2 tahun bekerja di K.L, datanglah si jejaka masuk meminang.aha..Family tersayang terima si dia dgn senang hati. 18 Ogos 2007 kami selamat diijabkabul dan Alhamdulillah sekarang telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang tidak ternilai harganya.



Eyman Harradz 4 tahun

Aufa Arissa 14 bulan


Sejak 3 tahun lepas saya merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Vokasional ERT Setapak yang telah dinaik taraf kepada Kolej Vokasional sekarang. Mengajar subjek Kosmetologi.Apa Kosmetologi tu?aha..kosmetik ke? lebih kurang lah, ada Dandanan Rambut, Solekan dan bermacam-macam lagi. Seronok mengajar subjek ini tapi biasalah namanya cikgu memg busy dgn kerja-kerja pengkeranian kan..aha..

Inilah bengkel facial KVERTS


Bila terlibat dengan Shaklee nih?

Bermula dengan makan sendiri untuk banyakkan susu selepas kelahiran puteri arissa tahun lepas. Tetapi bila kebaikan itu dikongsi dengan saudara mara dan rakan-rakan, alhamdulillah permintaan tak putus. So tak salah mencuba kan?Nak join jugak?Nak tambah pendapatan keluarga?Macamana caranya? Macam-macam kelebihan menjadi ahli Shaklee ini. Best sangat sehingga terasa rugi sebab join lambat.
Nak senang memang perlukan banyak pengorbanan. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.!!!

Jumpa lagi esok!






No comments:

Post a Comment