Wednesday 11 December 2013

Cabaran Berblog 30 Hari -Day 3

When you are in LOVE:)

A place or thing that you are in love with.(Pick one)

Jumpa lagi semua:)

Wahaa..tajuk day3 ini sungguh mencabar.Sebab apa? Banyak sangat yang saya suka. Nama lagi perempuan kan.Saya ni memang sangat suka berjalan, tak kiralah ke shopping complex ke,bercuti-cuti sambil jjcm ke.Aha..ade 1 waktu je yang saya tak suka berjalan-jalan. Bilakah? jengjeng.. time saya pregnant.Time nih suami saya sgt suka:) Rilex katanya..



So hari ni sy nak bercerita 'A place that im in love'.Sebab belum merantau banyak negeri/negara..saya bercerita tempat dalam negara dulu lah.

Cantik dan Tenang


Pulau Redang...pertama kali saya pergi ke sana bulan Ogos 2007 selepas majlis sambut menantu saya di Kota Bharu.Kira honey the moon lah nih.ehe..so kami bertolak subuh dari Kb dan sampai di jeti agak lambat.sepatutnya kul 10 patut smpai tp kami terlambat dlm 10.30pg.So kami pasrah la kalau terlepas..rupanya ada hikmah lambat..memang macam rezeki org baru kawin, naik feri hanya kami berdua..bergambar sakanlah..:)

Apa yang best sangat kat sini? saya sangat suka melihat air lautnya yang sangat jernih sehingga nampak ikan dilautan..tenang sangat bila memandang ke arah laut:)
Asalnya saya nih tak berapa suka mandi laut sebab biasa demam.Tapi kali nih selama 3 hari berendam air laut di sini langsung tak demam..sunburn je lah..best sangat especially 'Snorkeling'.

Subhanallah cantik dan indah ciptaanNya


Saya ni 'belum' pandai berenang. So sangat takut dengan air yang dalam. Trip pertama di bawa berjalan2 ke pulau-pulau sekitar Pulau Redang dan kami semua di suruh turun untuk menikmati keindahan laut. Betapa cuaknya saya sebab tak biasa dan suamilah jadi tempat saya pegang kuat-kuat.Sampai tenggelam dia:)ampun..aha..Tapi disebabkan keinginan yang sangat tinggi, saya teruskan juga walaupun takut saya lawan perasaan tu.

Hari ke dua dh bertambah baik..pagi petang p snorkeling.Sebab dah teruja..aha..excited.Alhamdulillah saya dah boleh berdikari..ke sana sini sorang-sorang. Saya dapat sentuh ikan-ikan yang sangat cantik itu. Indahnya ciptaan dan kurniaan Allah.



Makanan di pulau Redang best.Mewah dengan hasil laut yang fresh dan hari- hari ada bbq. Percutian 3 hari 2 malam kami berakhir dengan kenangan yang sangat indah dan kami akan kembali ke sana lagi. Insha allah dalam masa terdekat jika diizinkan Nya.Semoga kita menjaga keindahan anugerah Allah ini sebaik mungkin daripada pencemaran:

*tiada gambar kami sebab P&C..:)

Jemput like page saya Zaisyam Health Shop

Fb saya Zai Hasnie

Jumpa lagi esok:)


No comments:

Post a Comment