Thursday, 30 October 2014

Solat Sunat Tahajud | Tip Mudah Bangun Malam

Solat sunat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit. (Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi). Solat Tahajud merupakan solat sunat yang utama selepas solat fardhu dan  dilakukan di 1per3 malam.


Tip untuk senang bangun tahajud:

  • Tidur awal
  • Sebelum tidur, niat dan minta sungguh-sungguh dikejutkan..insha allah
  • Kunci jam loceng/ handphone
  • Amalkan adab tidur (baca doa, ambil wuduk dsb)

Cara Mendirikan Solat Tahajud

Solat Tahajud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”            
                                                (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajud baca doa berikut :


 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

 3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
       Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)
      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
      Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

    10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
    (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:



5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:



6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD
.

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

(credit: shafiqolbu.wordpress.com)


Semoga bermanfaat buat semua:)

No comments:

Post a Comment