Dalam tak sedar kaki terasa sakit, jalan terhencot-hencot. Apa yang tak kena ya dengan kaki ni?
Mungkin kita tidak pernah alami, tapi rakan-rakan terdekat dan mungkin juga saudara mara kita mengalaminya. Sakit? Ya memang sakit dan pergerakan menjadi agak sukar dan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk jika tidak diatasinya. Jom kita tengok adakah kelebihan atau kekurangan asid urik punca gout.
APA ITU GOUT?
***Tergolong dalam kumpulan arthritis, GOUT sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit.
***Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.
PUNCA?
***Puncanya dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga).
***Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi.
Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.
Serangan yang kerap kali berlaku menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut.
SIMPTOM
Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam.
JAGA PEMAKANAN
***Pesakit perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan pembentukan batu karang
***Beralih kepada diet rendah purin dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan, minuman keras dan beberapa jenis ikan, bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.
BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?
Alfalfa
Alfalfa membantu mengatur keseimbangan asid dan alkali badan dan menyingkirkan toksik dari badan. Mengandungi lapan enzim pencernaan seterusnya membantu mengatasi bengkak kaki, sakit sendi dan bengkak buku lali.
Omega
Omega membantu mengurangkan bengkak sendi sekiranya gout mencapai tahap yang serius.
*Air perlu diminum dalam kuantiti mencukupi untuk membantu proses penyingkiran asid urik.
Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang produk ini, hubungi:)
- Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor
- Zaihasnie (ID 906575)
- FB: Zaihasnie
- PAGE:Zaisyam Health Shop
- COD: Balakong, Cheras, Bandar Tun Hussin Onn, Alam Damai, Bandar Damai Perdana
- COD hari bekerja: Wangsa Maju, Melawati, Keramat
- Menguruskan pos produk ke Seluruh Malaysia
- No Tel: 012-6137697 (wassap/sms)
No comments:
Post a Comment