Tuesday, 14 October 2014

Homemade Resepi | Kek Hawflakes Kukus | Cabaran 7 hari

Nampaknya dah hari ke 5 entry saya. Tinggal 2 entry sahaja makan terlaksanalah segala cabaran blog 7 hari ini. Pastinya banyak lagi cabaran yang akan menyusul...

Pastinya untuk lebih mahir dan mahir...Doakan saya ye:)

So harini saya nak berkongsi homemade resepi iaitu KEK HAWFLAKES. Ade yang panggil kek kukus masam manis..apapun nama dia....kek ini mempunyai ciri ini:


  • diletak hawflakes
  • dikukus selapis selapis
  • berwarna warni
Hawflakes



Jom kita tengok apa Bahan-Bahan dan Cara membuatnya:

Bahan-Bahan

  • 250g butter
  • 2 cawan serbuk biskut marie (biskut marie dihancurkan halus)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • Hawflakes 1-2 paket
  • Pewarna (hijau, kuning, merah @ suka hatilah)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Esen vanilla

Cara Membuatnya

  1. Telur putih dan kuning diasingkan
  2. Telur putih dipukul sehingga kembang (tak jatuh)
  3. Kemudian masukkan gula dan pukul sehingga larut dan letak di tepi
  4. Butter dipukul sehingga kembang dan dimasukkan telur kuning satu persatu
  5. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla dan digaul rata
  6. Tepung biskut  dan baking powder di ayak bersama
  7. Adunan putih telur dicampurkan ke dalam bekas butter dan digaul rata
  8. Masukkan serbuk biskut sedikit-sedikit sehingga habis dan gaul rata
  9. Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan campurkan pewarna
  10. Kukus 1 layer (7-10 min setiap lapis), letak hawflakes pada setiap lapisan
  11. Siap...taraaaaa
Kek Hawflakes Kukus


Senang ajew tapi kena sabar banyak-banyak ye...kukus ajew yg lambat sikit

Malas nak buat tapi nak makan,..tempah ajewlah...aha..saya ambil jugak tempahan untuk regular customer...aha..

Sekian...

SELAMAT MENCUBA!


2 comments: