Kalau mintak suami pegang sekali sekala pun, aiseh..mcm berapa kg daa bag awak ni ek...Bagi saya, semua yang ada tu wajib adalah especially time saya bekerja.
Jom tengok apa yang ada dalam handbag saya yang sederhana besaunya & sesuailah dengan tuannya yang takla tinggi sangat..
Dalam Handbag ada organiser bag!
1) Wallet
Of courselah ada beg duit dan menyimpan segala kad pengenalan, bank, nikah, kad segala pasaraya n butik2 yang ada. Memang kembung sikitla sebab macam-macam kad ade kan. Duitnya pun harap makin kembung gakla:)
2) Handphone
Semestinya item yang wajib!
3) Pen Hitam & Merah
Sebagai cikgu, 2 pen ni wajibla ade. Satu pen hitam 'special' untuk kehadiran kelas (guru kelas tau kenapa sy panggil dia pen special..hikhik) dan pen merah untuk marking paper lah...apa lagi.
4) Pillbox
Semenjak 2 tahun ni, pillbox utk seminggu memang wajib ada! mestilah untuk isi vitamin kesayangan saya...eh..xtau ke...mestilah S......
5) Beg duit Khas
Ada 2 bag duit Khas ni...
- Bag duit Shaklee ( letak duit cash pelanggan )
- Bag duit Sekolah (letak duit kutipan sekolah...PIBG la...sukan la..)
6) Compact Powder, Lipstik, Perfume & Tears Naturale ( Air mata palsu macam botol eyemore tuh)
4 item yang xboleh tinggal terutama Tears Naturale tu. Prof Muhaya pun memang sarankan kita gunakan air mata palsu ni supaya mata kita tidaklah kering. Kita kan hari-hari ngadap laptopla, so mungkin mata kita letih dan kering...so titiskan 2-3 titis dan mata akan rasa segar.
7) Barang sulit
Aha bila dah kata barang sulit tu makanya xboleh dedahkanlah......
So itu sahaja yang ada dalam handbag saya...Ni handbag bawa p sekolah, kalau keluar shopping biasanya saya bawa handbag kecil skit. Supaya senang nak handle bila bersama dengan anak-anak kecik
![]() |
Lebih kurang cmnila dalam bag saya:) |
Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa bersama blog saya!
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment